khyril muhymeen - Google Blog Search |
| J'seyStores: <b>Khyril Muhymeen</b> Penyerang Utama Kenari Posted: 20 Dec 2011 11:46 PM PST PENYERANG muda Kedah, Khyril Muhymeen Zamri sedia menggalas tugas selaku penyerang utama skuad Kenari selepas pengurusan memutuskan tidak mengikat penyerang import bagi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2012. Khyril yang dipertanggungjawabkan sebagai penyerang utama ketika mengharungi Piala Malaysia musim lalu tanpa kelibat Azlan Ismail yang cedera, menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan. Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kedah hanya mendapatkan khidmat pemain tengah, Daniel Soares Neves atau dipanggil Baroni dan pertahanan Brazil, Danillo Vivaldo bagi mengisi dua slot import – sekali gus meletakkan nama Kyril sebagai penyerang utama. "Begitupun, saya tidak berasa janggal beraksi sebagai penyerang utama kerana ia bukan sesuatu yang baru. "Lagipun, Kedah tidak pernah bersandarkan kepada seorang penyerang sahaja. "Saya juga semakin serasi dengan Baroni dan perlawanan persahabatan bertemu Pos Malaysia esok (malam ini) akan terus dijadikan medan meningkatkan keyakinan dan persefahaman kami serta beberapa pemain baru yang diserapkan," katanya. Menurutnya, bahagian pertahanan Kedah bertambah mantap dan kebal berbanding musim lalu dengan kemasukan Danillo yang turut bijak mencuri peluang setiap kali Hijau Kuning melakukan asakan. Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from khyril muhymeen - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

khyril muhymeen - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan