khyril muhymeen - Google Blog Search |
| Bolasepak Malaysia: <b>Khyril Muhymeen</b>-Pemain Berbakat Besar.. Posted: 07 Mar 2012 12:42 AM PST Khyril Muhymeen, satu nama yang membuat kemunculan pertama pada tahun 2005 ketika bertemu pasukan Selangor di Darulaman dalam saingan Liga Perdana. Berjaya mencuri perhatian penyokong Kedah apabila berjaya membuat beberapa gerakan menarik dan menjaringkan satu gol ketika membenam Selangor 4-1. Bermula kariernya sebagai seorang pemain biasa,(bukanlah pemain akedemi, sebaliknya bermula di Smk Syed Mohamed Al-Bukhary, sekolah harian biasa,bukannya sekolah sukan pun), bakat yang ada pada khyril pantas dihidu oleh Azraai Khor. Sejak itu Khyril seringkali mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kedah walaupun baru berumur 18 tahun pada ketika itu. Dia juga merupakan anak emas skuad Dato K Rajagobal baik untuk skuad Piala Asia bawah 20 pada tahun 2005, skuad Sukan Sea dan juga skuad Piala Suzuli AFF 2010. Walaubagaimanapun, lumrah sebagai pemain bola, terdedah kepada kecederaan. Khyril mengalami kecederaan lutut ketika mewakili skuad negara bertemu Kenya pada satu perlawanan persahabatan di Shah Alam pada bulan September tahun 2009 lantas kehilangan tempat di skuad emas Sukan Sea Laos 2009. Khyril kembali pulih pada April 2010. Namun 2010 bukanlah Khyri yang biasa penyokong Kedah kenal kerana dia seringkali menjaga kakinya daripada mengalami kecederaan. Bermula tahun 2011, Khyril sudah mendapat kembali sentuhannya. Sentuhan yang jika sekali diimbas, sesuai dengan gelaran yang dia perolehi iaitu CR Malaysia kerana mempunyai corak gelecekan yang lebih kurang sama dan mempunyai kepantasan menakjubkan. Diharap Khyril dapat membawa sinar baru kepada skuad Kedah selepas ini. Biar Jasa Jadi Kenangan. Yallah Kedah Yallah(dalam bahasa Arab), Alley Kedah Alley(dalam bahasa Perancis, Pulun Kedah Pulun(dalam bahasa Melayu) Grafik:Aznorhaziq |
| You are subscribed to email updates from khyril muhymeen - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

khyril muhymeen - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan