Jumaat, 7 Disember 2012

khyril muhymeen - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

khyril muhymeen - Google Blog Search


JOHOR BURU <b>KHYRIL MUHYMEEN</b> PULA | AMMBOI DOT COM

Posted: 12 Nov 2012 04:00 PM PST

Johor Buru Khyril Muhymeen Pula | Johor masih giat memburu pemain bintang dalam usaha untuk memantapkan pasukan mereka bagi saingan Liga Malaysia 2013. Selepas hampir mendapatkan penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), kini Johor berusaha mendapatkan penyerang lincah dari Kedah, Khyril Muhymeen. Menurut Setiausaha Persatuan Bola Sepak Johor, Suhairi Hashim, mereka kini dalam perbincangan dengan beberapa lagi pemain kebangsaan termasuk Khyril Muhymeen.

"Semestinya terdpat perancangan untuk mendapatkan satu atau dua lagi pemain kebangsaan dan perbincangan sedang dijalankan sekarang. Khyril Muhymeen salah seorang daripadanya dan kami sedang menunggu jawapannya. Beliau sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyertai Johor." Katanya kepada Harian Metro.

Suhairi juga memberitahu bahawa pihak pengurusan Johor akan menghubungi Kedah untuk bertanyakan jika mereka membenarkan Khyril berhijrah memandangkan beliau telah menandatangani 'Memorandum of Understanding' (MOU) dengan kelab Hijau Kuning itu.

"Kami akan lakukan apa yang perlu dan mengkiut peraturan yang ditetapkan oleh FAM," kata Suhairi.

Khyril Muhymeen juga sedang berada dalam perhatian Kelantan yang sedang berusaha mendapatkan pemain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa pemain utamanya.

CARIAN BERKAITAN

  • gambar pasukan kelantan 2013 (12)
  • keputusan pemain kelantan 2013 (6)
  • khyril muhymeen kelantan (5)
  • khyril muhymeen ke johor (5)
  • Gambar skuad kedah (4)

Tags: , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Khyril Muhymeen

Copyright 2010 All Rights Reserved