khyril muhymeen - Google Blog Search |
| <b>Khyril Muhymeen</b> kini jadi taruhan - Laman Komuniti HijauKuning.com Posted: 29 Jan 2013 05:18 PM PST
Selepas kehilangan dua tonggak utama, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen yang sebelum ini hanya memainkan 'watak kecil' dalam pasukan kini memikul tanggung jawab besar untuk menjana serangan Harimau Malaya. Pemain Kedah berusia 25 tahun itu kini menjadi satu-satunya penyerang daripada skuad AFF 2012 selepas Safee dan Norshahrul terpaksa diketepikan Rajagobal akibat kecederaan manakala Ahmad Hazwan Bakri tidak dipanggil menyertai skuad seramai 24 pemain kali ini. Selain Khyril Muhymeen, tiga lagi penyerang adalah Mohd Amri Yahyah, Abd Hadi Yahya dan Fauzi Roslan. "Sebagai penyerang utama memang akan ada rasa tekanan tapi ia juga bergantung kepada bagaimana pasukan ini akan bermain dan komitmen atas padang. Kalau diberikan peluang oleh jurulatih untuk bermain dalam kesebelasan utama, saya akan beri yang terbaik. "Kini hanya saya seorang penyerang daripada skuad AFF yang masih ada dalam skuad ini, sebelum ini kami banyak berharap kepada Mat Yo (Norshahrul) dan Safee untuk bergerak ke depan. Saya harap kali ini Amri juga dapat menyerlah," katanya sebelum berlepas ke Dubai semalam. Khyril Muhymeen hanya meledak satu gol di Piala AFF tahun lalu ketika membantu Malaysia menewaskan Laos 4-1 selepas masuk sebagai pemain gantian. Selepas tiga hari menjalani latihan pusat, dia yang turut menganggotai skuad juara Piala AFF 2010 mengaku tidak berdepan masalah untuk bergandingan bersama penyerang berusia 32 tahun, Amri. sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KhyrilMuhymeenkinijaditaruhan//Article/index_html (30/01/2013) |
| You are subscribed to email updates from khyril muhymeen - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

khyril muhymeen - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan