Selasa, 26 Mac 2013

khyril muhymeen - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

khyril muhymeen - Google Blog Search


bazookapenaka.com: <b>Khyril Muhymeen</b> selamatkan Rajagobal

Posted: 22 Mar 2013 09:03 AM PDT


MALAYSIA berjaya mengalahkan Yaman 2-1 pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Malaysia dikejutkan dengan jaringan Yemen di awal perlawanan berlangsung namun Azzamuddin berjaya menceriakan penyokong dengan jaringan penyamaan pad amin ke 26.

Gol kemenangan yang dicari menjelma setelah Khyril Muhymeen berjaya menanduk masuk hantaran dari Mat Yo pada min ke 57.



Penjaring:
MALAYSIA: Azzamuddin Mohd Akil (26'), Mohd Khyril Muhymeen Zambri (75')
  
YAMAN: Aiman Saleh Abd Al-Hagri (11')
  
Senarai Pemain:
MALAYSIA
Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohammad Adil Abd Radzak, Safiq Rahim (Kapten), Wan Zack
Haikal Wan Nor, K.Gurusamy (Mohd Khyril Muhymeen Zambri), Azzamuddin Mohd Akil, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Amri Yahyah.
  
YAMAN
Salem Abdullah Awadh Saeed, Mohammed Fuad Mohammed Omar, Ahmed Sadeq Ahmad Al-Khamri (Kameel Tareq Othman Mohammed), Abdul Aziz Mohammed Ali Al-Gumaei, Mohammed Ahmed Ali Boqshah, Munassar Awadh Abdullah Ba Haj, Akram Hamood Abdo Al-Wrafi (kapten), Essam Al-Worafi, Khaled Hasan Hussein Baleid, Nateq Hezam Qaid Rageh, Aiman Saleh  Abd Al-Hagri.

Highlight perlawanan di sini.

Related Post

<b>Khyril Muhymeen</b>: <b>khyril muhymeen</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2013 11:41 PM PST

URL Sumber Asal :-

Laman Komuniti HijauKuning.com » <b>Khyril Muhymeen</b> yakin Kedah <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 04:37 AM PST

MeenPENYERANG Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri yakin pasukannya sudah menemui kembali rentak perlawanan dan mampu untuk mencapai kemenangan ke atas pendahulu Liga Perdana Sime Darby FC dalam pertemuan di Stadium Darul Aman di sini malam esok.

Katanya, kemenangan ke atas kelab SPA Putrajaya 2-1 dalam perlawanan di Stadium UiTM Shah Alam Isnin lepas mengembalikan semula keyakinan dan semangat pemain pasukan untuk meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana.

"Kembalinya pemain import Chayene Santos malam esok akan memberi lebih motivasi kepada pemain lain untuk memburu kemenangan di laman sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran produk KM Cappuccino Coffee di sini hari ini.

Khyril Muhymeen yang menjaringkan empat gol dalam Liga Perdana musim ini berkata pasukannya akan mempamerkan aksi yang lebih menarik bertemu dengan pendahulu liga itu untuk tontonan penyokong Kedah.

Kedah kini menduduki tempat keempat dengan pungutan 15 mata dalam tujuh perlawanan di belakang pasukan Sime Darby, Johor FA dan Sarawak.

Terdahulu Khyril Muhymeen hadir pada majlis pelancaran produk KM Cappuccino Coffe keluaran BfS Global Sdn Bhd. Mohd Khyril Muhymeen yang juga pemain kebangsaan dipilih menjadi duta kepada produk tersebut.

Khyril Muhymeen berkata dia tidak menyangka dipilih untuk menjadi duta produk cappuccino tersebut dan menganggap ia satu penghargaan syarikat BFS kepadanya. – Bernama

sumber: http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/khyril-muhymeen-yakin-kedah-kembali-temui-rentak-1.133368 (21/02/2013)

<b>Khyril Muhymeen</b>: <b>khyril muhymeen</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2013 11:11 PM PST

URL Sumber Asal :-

<b>Khyril Muhymeen</b> timbang tawaran berhijrah | Sokernet

Posted: 01 Nov 2012 01:03 AM PDT

Khyril Muhymeen Zambri
Khyril Muhymeen Zambri sedia tinggalkan Kedah

DESAS-DESUS mengatakan Khyril Muhymeen mungkin akan meninggalkan skuad Hijau Kuning sementara masih menunggu tawaran sesuai dari pasukan Kedah.

Dikhabarkan, Khyril kini diintai pasukan dari Selatan dan Timur Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Kedah menegaskan mereka tidak akan menghalang pemain untuk berhijrah ke kelab lain.

"Jika dia dapat tawaran baik, baguslah. Kita menggalakkan pemain berbakat berhijrah, tapi kita akan tengok pula berdasarkan kontrak sedia ada," kata Presiden Kedah FA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Khyril kini menggalas tugas bersama skuad kebangsaan dan masih lagi menunggu tawaran yang bersesuaian dari Kedah dan tidak mustahil jika beliau memilih untuk berhijrah ke pasukan lain.

Setakat ini, Kedah yang tersingkir ke Liga Perdana tidak melakukan banyak aktiviti perpindahan pemain seperti beberapa pasukan yang lain.

Lions XII vs Kedah | Gol Khyril Muhymeen


Video Gol Khyril Muhymeen [Lions XII vs Kedah] Liga Super 12 Mei 2012

Gol Khyril Muhymeen | Kedah vs Kelantan


Video Gol Khyril Muhymeen | Piala FA 01.05.2012

Related posts

coded by nessus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Khyril Muhymeen

Copyright 2010 All Rights Reserved