E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (92) Selasa, 5.3.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin
KHYRIL MUHYMEEN ZAMBRI TERKEJUT DENGAN PEMILIHAN OLEH PEMINAT DAN MEDIA KFA SEBAGAI PEMAIN TERBAIK BULAN FEBRUARI

"Saya tidak menjangka akan dipilih sebagai pemain terbaik bagi bulan Februari oleh peminat setia Pasukan Hijau Kuning dan juga Media KFA kerana prestasi pasukan Kedah sendiri bulan lalu bukanlah cemerlang seperti yang di harapkan," inilah luahan kata-kata yang keluar daripada mulut pemain pilihan peminat, Khyril Muhymeen Zambri.
Menurutnya, inilah kali pertama dia di pilih sebagai pemain terbaik pasukan Kedah dan ini juga pengalaman pertamanya menerima trofi dan juga hadiah kerana di pilih sebagai pemain terbaik pasukan Kedah untuk bulan lalu.
"Saya berterima kasih kepada Media KFA dan juga ribuan peminat setia pasukan Kedah yang telah memilih saya sebagai pemain terbaik dan saya tidak langsung menjangka akan menerima penghargaan begini tinggi daripada peminat setia pasukan.
"Pemilihan ini pasti menaikkan semangat saya untuk beraksi habis-habisan bagi memastikan kita meraih kemenangan mengatasi Kula Lumpur Jumaat ini. Saya juga menyeru kesemua pemain Kedah meningkatkan prestasi demi kejayaan Pasukan Hijau kuning.
"Walaupun gagal beraksi seperti di harapkan, masih ada ramai peminat setia menyayangi kami dan keadaan ini pasti akan membakar semangat untuk memperbaiki kedudukan kita pada tangga liga ketika ini di tempat keempaat," kata Khyril.
Katanya, kehadiran semula Nelson San Martin, Zuraindey Jumaai dan Chayene Santos pada perlawanan mereka bertemu Kuala Lumpur pasti akan mencerahkan lagi harapan mereka mengutip mata penuh pada perlawanan Jumaat ini.
"Kami memang terlalu letih ketika bertemu NS Betaria FC tetapi ketika bertemu Kuala Lumpur sudah pasti kami akan lebih bersedia secara mental dan fizikal berdepan pasukan Warga Kota yang sudah pasti tidak akan menyerah kalah dengan mudah.
"Walaupun saya yang menjadi pilihan peminat setia dan juga Media KFA sebagai pemain terbaik bagi bulan lalu, kesemua pemain telah berusaha habis-habisan demi kejayaan pasukan dan mereka semua juga harus menerima penghargaan daripada ribuan peminat setia pasukan.
"Saya juga kini bertekad untuk terus membocori gawang lawan untuk terus meningkatkan angka jaringan saya ketika ini dari lapan menjadi melebihi angka 10 dan ini juga bukan untuk kecemerlangan diri saya sendiri tetapi mahu memastikan kita mengejar kembali pendahulu Liga Premier ketika ini yang sudah meninggalkan kita dengan perbezaan tujuh mata," kata Khyril.
END.
#iamhijaukuning
© Media KFA
Sumber: Unit Media KFA
0 ulasan:
Catat Ulasan