| Putra Avenue Blogger: <b>Khyril Muhymeen</b> jadi buruan pantai timur Posted: 01 Oct 2013 08:28 PM PDT ENGGEMPUR berbisa Kedah, Khyril Muhymeen Zambri kembali dalam radar sebuah pasukan dari Pantai Timur bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.Spekulasi bertiup kencang di laman sosial mengatakan khidmat Khyril amat diperlukan selepas beberapa pemain utama pasukan berkenaan bakal 'angkat kaki' musim depan.Difahamkan, Khyril masih menyayangi pasukan Kenari dan enggan terburu-buru membuat keputusan. Namun, pada masa sama masih mempertimbangkan tawaran menyarung pasukan itu jika kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Sementara itu, sumber terdekat menyatakan pasukan selatan tanah air juga bersedia menyambar Khyril dalam usaha memantapkan cabaran pasukan itu musim depan. Kontrak Khyril (kanan) bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bakal berakhir November ini. Entri lain yang berkaitan: |
0 ulasan:
Catat Ulasan