Jumaat, 26 Oktober 2012

khyril muhymeen - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

khyril muhymeen - Google Blog Search


Ibu <b>Khyril Muhymeen</b>, pemain bola sepak kebangsaan meninggal <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 02:20 AM PDT

ALOR SETAR — Ibu kepada pemain bola sepak Kedah dan kebangsaan Khyril Muhymeen Zamri, Norinson Yahya, 50, meninggal dunia malam tadi akibat barah payu dara.

Norinson yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira 10 malam.

Khyril Muhymeen, 25, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik kelihatan sugul dan enggan ditemu bual.

Penolong Jurulatih Kedah Radhi Mat Din yang turut berada di rumah Khyril Muhymeen berkata Khyril Muhymeen seorang yang tabah dan mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya walaupun ibunya tidak sihat.

"Sepanjang dua tahun ibunya menanggung derita sakit, dia (Khyril Muhymeen) masih mampu menjalankan tugas sebagai pemain bola sepak walaupun fikirannya turut terganggu dengan masalah kesihatan ibunya. Dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi segala dugaan," katanya kepada pemberita.

Pada 15 Okt lepas, Khyril Muhymeen yang menyertai skuad negara ke Hong Kong untuk perlawanan persahabatan terpaksa pulang ke tanah air kerana ibunya semakin tenat.

Jenazah Norinson dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tiang, Pendang kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Khyril Muhymeen selepas ini akan bersama skuad Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Khyril Muhymeen

Copyright 2010 All Rights Reserved