khyril muhymeen - Google Blog Search |
| <b>KHYRIL MUHYMEEN</b> DILAPORKAN DIINTAI KELAB DARI <b>...</b> Posted: 07 Sep 2012 04:02 AM PDT KHYRIL MUHYMEEN DITAWAR CUBA NASIB DI EROPAH ? Hari ini ruangan sukan laman web sinarharian melaporkan ejen FIFA dari SIngapura iaitu Marco Gumaires yang terlibat dalam urusan Nazmi Faiz ke Eropah sedang dalam usaha membawa penyerang Kedah Khyril Muhymeen ke Eropah. Kelab atau pasukan mana yang dikaitkan masih belum dinyatakan. Namun sejauh mana benar dan sahihnya laporan ini masih belum dapat dipastikan. Ikuti sedikit imbasan laporan sinarharian hari ini berkaitan perkara ini DIBAWAH : ——————————————————————————————————– Biarpun Kedah terpaksa beraksi pada saingan Liga Premier musim depan, namun kelibat pemain Hijau Kuning tetap berada dalam radar pemerhati bola sepak dan terbaru ejen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah menghubungi penyerang sensasi, Khyril Muhymeen untuk membawanya mencuba nasib di Eropah. Ejen yang turut bertanggungjawab membawa Nazmi Faiz Mansor dan Asraruddin Putra Omar mencuba bakat mereka di luar kini memberi tumpuannya ke atas kemampuan Khyril yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini bersama Kedah. Muncul antara salah seorang penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super dengan 10 gol musim ini, jelas bakat dan kemampuan anak kelahiran Alor Setar ini tidak boleh dinafikan. Laman sosial kelab penyokong pemain tersebut, Khyril Muhymeen Fans Club yang turut memuatkan maklumat berkenaan pagi semalam jelas mendapat reaksi spontan daripada penyokong setia Kedah yang majoritinya mahu Khyril menyambut baik tawaran berkenaan. Laman berkenaan ketika dipetik berkata, ia merupakan satu penghormatan buat Khyril yang berjaya mempamerkan mutu permainan komited setakat ini.
Sementara itu, sumber terdekat Khyril ketika dihubungi mengesahkan khabar berkenaan bahawa pemain berkenaan telah dihubungi oleh seorang ejen Fifa dari Singapura.
-sumber : SINARHARIAN **Belum disahkan lagi oleh Persatuan Bola Sepak Kedah dan Khyril sendiri… |
| You are subscribed to email updates from khyril muhymeen - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

khyril muhymeen - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan