Selasa, 25 September 2012

khyril muhymeen - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Ahad, 9 September 2012

khyril muhymeen - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

khyril muhymeen - Google Blog Search


<b>Khyril Muhymeen</b> tekad julang Kedah – Piala Malaysia

Posted: 22 Aug 2012 05:11 AM PDT

PENJARING terbanyak Kedah dalam Liga Super, Khyril Muhymeen Zambri sudah sedia meneruskan kecemerlangan menjaringkan gol ketika bertemu Tentera pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini.

Saya juga yakin kembalinya penyerang dari Croatia, Vedran Gerc akan memantapkan lagi bahagian serangan dengan kombinasi Baddrol Bakhtiar dan Faizal Abu Bakar yang sudah mula menemui sentuhan penyudah.

Saya belum berpeluang bertemu dengan jurulatih baru Kedah, Marijo Tot dan saya yakin akan membuahkan hasil yang baik untuk saya menambah ilmu di bawah seorang jurulatih berpengalaman yang memiliki begitu banyak ilmu bola sepak.

Kini saya tidak lagi dibelenggu kecederaan. Ini memberi peluang kepada saya untuk beraksi dengan kemampuan sebenar saya dan ia faktor kejayaan saya menjaringkan 10 gol ketika Liga Super, kata Khyril, semalam.

Tambah Khyril, dia juga puas hati kerana Kedah diletakkan dalam Kumpulan B bersama Kelantan, Terengganu dan Tentera kerana siapa sahaja yang dapat melayakkan diri ke suku akhir pasti akan dapat menambah keyakinan diri bagi meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya. — Berita Harian

Related posts

coded by nessus

<b>KHYRIL MUHYMEEN</b> DILAPORKAN DIINTAI KELAB DARI <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 04:02 AM PDT

KHYRIL MUHYMEEN DITAWAR CUBA NASIB DI EROPAH ?

KM18 KHYRIL MUHYMEEN DILAPORKAN DIINTAI KELAB DARI EROPAH ?

Hari ini ruangan sukan laman web sinarharian melaporkan ejen FIFA dari SIngapura iaitu Marco Gumaires yang terlibat dalam urusan Nazmi Faiz ke Eropah sedang dalam usaha membawa penyerang Kedah Khyril Muhymeen ke Eropah. Kelab atau pasukan mana yang dikaitkan masih belum dinyatakan.

Namun sejauh mana benar dan sahihnya laporan ini masih belum dapat dipastikan. Ikuti sedikit imbasan laporan sinarharian hari ini berkaitan perkara ini DIBAWAH :

——————————————————————————————————–

Biarpun Kedah terpaksa beraksi pada saingan Liga Premier musim depan, namun kelibat pemain Hijau Kuning tetap berada dalam radar pemerhati bola sepak dan terbaru ejen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah menghubungi penyerang sensasi, Khyril Muhymeen untuk membawanya mencuba nasib di Eropah.

Ejen yang turut bertanggungjawab membawa Nazmi Faiz Mansor dan Asraruddin Putra Omar mencuba bakat mereka di luar kini memberi tumpuannya ke atas kemampuan Khyril yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini bersama Kedah.

Muncul antara salah seorang penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super dengan 10 gol musim ini, jelas bakat dan kemampuan anak kelahiran Alor Setar ini tidak boleh dinafikan.

Laman sosial kelab penyokong pemain tersebut, Khyril Muhymeen Fans Club yang turut memuatkan maklumat berkenaan pagi semalam jelas mendapat reaksi spontan daripada penyokong setia Kedah yang majoritinya mahu Khyril menyambut baik tawaran berkenaan.

Laman berkenaan ketika dipetik berkata, ia merupakan satu penghormatan buat Khyril yang berjaya mempamerkan mutu permainan komited setakat ini.

" Seorang ejen Fifa dari Singapura menghubungi KM18 (Khyril Muhymeen) sendiri bagi menyatakan hasrat beliau bagi membawa KM18 mencuba nasib di Eropah…Ejen ini turut bertanggungjawab membawa Nazmi Faiz dan Asraruddin Putra mencuba bakat mereka di luar…Sesudah dintai dua pasukan Indonesia, kini peluang untuk mengembangkan bakat KM18 di Eropah terbuka…Berusia 25 tahun…dan sedang mencapai kemuncak prestasi…Surat Rasmi juga sudah di nyatakan pada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM),".

Sementara itu, sumber terdekat Khyril ketika dihubungi mengesahkan khabar berkenaan bahawa pemain berkenaan telah dihubungi oleh seorang ejen Fifa dari Singapura.

"Ini merupakan satu penghormatan besar buat Khyril, namun kini dia dalam dilema berikutan terpaksa memberi tumpuan kepada keadaan kesihatan ibunya yang diserang kanser payudara. Kesihatan ibunya semakin merosot dan kini terpaksa berulang-alik ke hospital," kata sumber berkenaan.

-sumber : SINARHARIAN

**Belum disahkan lagi oleh Persatuan Bola Sepak Kedah dan Khyril sendiri…

bazookapenaka.com: <b>Khyril Muhymeen</b> selamatkan maruah Kedah

Posted: 28 Aug 2012 09:47 AM PDT

 

Khyril Muhymeen

Copyright 2010 All Rights Reserved