November 23rd, 2012 Kodet 
Penyerang Malaysia, Khyril Muhymeen mahu penonton penuhkan stadium untuk kejuaraan AFF Suzuki 2012 yang dianjurkan di Malaysia pada kali ini. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya itulah yang dipesan oleh Khyril Muhymeen.
Khyril mengajak penyokong memberi semangat dan sokongan yang padu untuk pemain Harimau Malaya mengharungi perlawanan pada Ahad ini menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jadual pertemuan Malaysia vs Singapura, anda boleh klik sini.
"Saya pinta semua peminat turunlah beri sokongan kepada kami, janganlah cepat berputus asa walaupun beberapa keputusan perlawanan persahabatan sebelum ini tidak begitu menyebelahi kami.
"Kami di kalangan pemain sendiri masih belum berputus harap namun dalam masa sama mengharapkan ramai penonton dapat turun supaya semangat kami lebih tinggi menghadapi Singapura," katanya ketika ditemui sesi latihan di Stadium Nasional, baru-baru ini.
Khyril Muhymeen akan mengharungi detik sukar untuk mendapat tempat di sayap kanan kerana terpaksa bersaing sengit dengan pemain muda harapan negara iaitu Wan Zack Haikal dan pemain Tok Gajah yang berkaliber iaitu Azammudin Akil.
"Bukan mudah nak dapatkan tempat dalam kesebelasan utama kerana ramai pemain yang berkebolehan dalam pasukan buat masa sekarang.
"Namun, jika saya mendapat kesempatan dan kepercayaan jurulatih, saya akan gunakan peluang itu sebaik-baiknya kerana sudah lama tidak bermain dengan skuad negara ekoran kecederaan berpanjangan," katanya.
Apapun marilah kita memberi sokongan kepada Khyril Muhymeen kerana dia sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan bermain one-two dengan Norshahrul Idlan Talaha pada pertemuan Malaysia bertemu Bangladesh.
Sign up Free Email Newsletter
Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates,
Enter your Email here: Don't forget to confirm your email subcription
Related Article